KUALA LUMPUR: PAS membantah sekeras-kerasnya tindakan Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan Notis Merah iaitu waran tangkap dan senarai orang yang dikehendaki kepada Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi."Sesungguhnya ini adalah satu tindakan yang jelas 'double-standard' dan jelas berpihak kepada rejim kudeta Mesir pimpinan Jeneral As-Sisi.
"Perkara ini amatlah dikesali kerana umum mengetahui kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh As-Sisi dan gerombolannya terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin," tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan.
Katanya, atas sifat dendam, kerajaan Mesir itulah yang menuntut Interpol bertindak sedemikian rupa.
Justeru, ujar beliau PAS memperingatkan bahawa tindakan Interpol itu seolah-olah menyemarakkan lagi Islamophobia dalam kalangan orang bukan Islam kepada Islam apabila ulama tersohor dunia Islam dikaitkan dengan tuduhan menghasut keganasan dan aktiviti terorisme.
Katanya, konspirasi Barat untuk memburukkan Islam sudah sekian lama berlaku dengan niat jahat mereka menakutkan dan menjauhkan masyarakat umum daripada agama Islam.
"Kami juga kesal akan sikap kerajaan Malaysia yang masih berdiam-diri dalam hal ini sedangkan Syeikh Yusuf bukanlah tokoh yang asing di Malaysia ini," ujarnya lagi.
Ini, katanya kerana pihak kerajaan sendiri pernah menganugerahkan Dr Yusuf Al-Qaradawi sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431/2009 yang lalu.
Sehubungan itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu Wisma Putra sewajarnya bersifat proaktif dalam hal ini untuk membela tokoh hebat yang telah menjadi mangsa teraniaya.
"Bukankah kerajaan sendiri sering mendabik-dada mengatakan Malaysia berpengaruh, disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa maka tidaklah rugi untuk kita menyatakan pendirian dalam hal ini?" tanya beliau.
Beliau berkata, PAS turut menyeru pertubuhan OIC agar menyatakan pendirian mereka dalam hal ini kerana Syeikh Yusuf adalah bagaikan mutiara dan khazanah yang tidak ternilai yang masih kita punyai dan amatlah wajar dibela nasib beliau.
"Seluruh umat Islam wajar bersatu dan bersepakat untuk menyatakan kekesalan dan bantahan kita terhadap tindakan Interpol ini," katanya.
PAS, tegas beliau mendesak agar Red Notice yang telah dikeluarkan itu dapat ditarik balik dengan segera agar Interpol kekal sebagai institusi yang bebas dan tidak berpihak.
Menurutnya, amatlah malang sekali apabila Interpol sanggup tunduk dan bersekongkol dengan Rejim As Sisi yang kejam lagi zalim itu. -HARAKAHDAILY 20/12/2014
"Jika mereka tidak mengempiskan perut dan mengikat tali pinggang, hutang Malaysia dijangka meningkat menjadi RM1.3 trilion pada tahun 2020.
KUALA LUMPUR: "Insya Allah, pegawai saya akan menyerahkan surat rasmi untuk mengajak Ku Nan berdebat atas tajuk 'Siapa Sesat?'," ujar Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.
KOTA BHARU: Kelantan membentang Belanjawan 2015 bertema Kesejahteraan Rakyat Keutamaan Negeri bagi merancakkan pembangunan ekonomi rakyat.
KUALA LUMPUR: Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad meminta kerajaan mewartakan segera senarai barangan yang dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan rakyat tidak terperangkap dengan keadaan ekonomi.
TUMPAT: Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan (Perakan) berharap warga perantau yang mengundi di Pengkalan Kubor pulang bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih pada 25 September ini.
Hal ini kerana, kata Datuk Seri Abdul Hadi setelah senarai nama calon Menteri Besar yang diminta oleh pihak Istana dihantar menjadi hak Sultan Selangor mengumumkannya.
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberitahu sejarah negara ini banyak yang disembunyikan terutamanya tentang perjuang asal menuntut kemerdekaan.
KUALA LUMPUR: Projek perumahan Selangorku yang ditawarkan kepada Eco World adalah RM520 juta sahaja selepas hasil kajian terperinci yang dilaksanakan jawatankuasa dengan dibantu Independent Checking Engineer (ICE).
KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri menafikan laporan portal berita The Malaysian Insider hari ini.
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata perlantikan itu juga sebagai pengiktirafan yang jelas kepada parti Islam di negara ini.
KUALA TERENGGANU: "Kita mesti mempunyai disiplin yang tinggi dalam melaksanakan tuntutan berjamaah," kata pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak menyambut baik saranan Pemuda Pakatan Rakyat yang mencadangkan agar pertemuan lapan mata diadakan membabitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.


Rata-rata mereka membawa kain rentang dan plakad mengutuk kekejaman tentera rejim yang membunuh rakyat Palestin tanpa perikemanusiaan.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dalam tazkirahnya di Harakah.
KUALA LUMPUR: PAS mendesak agar Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dikembalikan jawatannya sebagai Pengarah UMcedel dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.
Chai meminta pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruh jihad yang dilaungkan bekas pemimpin Dewan Ulamak PASyang telah dipecat, Ustaz Lotfi Ariffin telah menyerap kepada ahli PAS.
KUALA LUMPUR: Mengugut untuk keluar dari Malaysia atau mencabar supaya sesuatu pihak keluar dari Malaysia ketika menghadapi perbezaan pendapat adalah tindakan yang sangat tidak matang.
Kumpulan lebih 200 pegawai kesatuan dan persatuan TNB itu kemudian berarak menuju ke Bangunan Ibu Pejabat TNB, Bangsar, dekat sini bagi menyerahkan memorandum bantahan "Tolak YTL" kepada Pengurusan TNB di Lobi Bangunan Ibu Pejabat TNB.