| Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, | 29 Mei 2013 |
Semalam
empat orang aktivis iaitu Haris Ibrahim (ABU), Safwan Anang (SMM), Tian
Chua (PKR) dan Tamrin Ghaffar telah ditangkap untuk siasatan di bawah
Akta Hasutan. Dakwaan ini berkenaan ucapan mereka pada program Malam
Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000.
Namun Safwan Anang membuat keputusan di luar jangkaan bahawa dia enggan diikat jamin. Semasa pendengaran perbicaraan beliau menyatakan bahawa dia tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah. Namun apa yang mendukacitakan ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno BN.
Beliau sempat memberi 3 pesanan penting kepada kami supaya disampaikan kepada rakyat seluruhnya;
1) Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salahguna kuasa untuk kepentingan hayat Umno BN.
2) Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin pulihkan demokrasi yang makin tenat.
3) Dan ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit brrjuang lawan penipuan! Dalam fasa kebangkitan anak muda hari ini, Umno BN jelas terdesak sehingga sanggup menggunakan apa cara sekalipun demi menjaga survival politik mereka yang kian rosak. Tangkapan kepada mahasiswa dan anak muda jelas bermotif politik demi menyekat kemaraan dan kebangkitan yang kian memuncak. Kerajaan minoriti ini jelas tergugat dengan kebangkitan rakyat.
Demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan Anang rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan Anang rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti. Safwan Anang rela untuk tidur beralas simen dan makan ala kadar seperti banduan. Safwan Anang berkorban masa untuk bersama isterinya yang sedang mengandung. Ini semua demi perjuangan menuntut keadilan.
Justeru saya seru seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat yang cintakan keadilan untuk sama-sama bangkit lawan regim yang jelas menindas rakyat dengan kekuasaan. Ayuh kita nyatakan solidariti untuk Safwan Anang dengan berhimpun secara aman di hadapan Lokap Sungai Buloh.
Penulis ialah Presiden PMIUM dan Sekretariat SMM.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19620-pesan-safwan-anang-buat-rakyat-malaysia
Bagi
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, tindakan Timbalan
Pengerusi SPR itu hanya menunjukkan sikap angkuh beliau seperti tidak
mahu mangakui wujudnya kepincangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
lalu.
Sehari
selepas penafian Wan Ahmad itu, Adun PAS Seri Serdang Noor Hanim Ismail
mengadakan sidang media mengatakan sememangnya insiden lampu padam itu
berlaku di salah satu pusat mengundi di kawasannya.
Naib
Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan menangkap pemimpin
politik dan aktivis rakyat, serta merampas akhbar parti dalam Pakatan
Rakyat adalah tindakan tidak wajar sekalipun tidak berpuas hati dengan
kemerosotan BN pada PRU13 lalu.
PENGERUSI
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata
mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13
(PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan
mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut
undang-undang.
KUALA LUMPU:
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad menyifatkan kenyataan
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa Barisan
Nasional (BN) kalah di kawasan pengundi yang mengutamakan demokrasi
mengesahkan bahawa parti tersebut tidak demokratik.
KUALA LUMPUR: “Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?” tanya penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya.

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.