Saturday, March 19, 2011

PEMUDA PAS LANCAR DERMA BANTU MANGSA TSUNAMI

Harakahdaily
IPOH, 19 Mac: Dewan Pemuda PAS Perak telah melancarkan kutipan derma bagi membantu rakyat Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi dan Tsunami baru-baru ini.

Pelancaran tersebut disempurnakan ketuanya, Zawawi Hasan sebaik sahaja selesai mesyuarat exconya malam tadi.

Ianya adalah hasil kerjasama Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda Pas Pusat dan turut mendapat sambutan daripada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Perak Care yang dipengerusikan Salman Saleh.

Menurut Zawawi, bantuan itu diusahakan sebagai tanda simpati dan prihatin kepada mangsa bencana tsunami yang berlaku akibat gempa 9.0 skala ritcher baru-baru ini.

Tragedi itu telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa dan ratusan ribu penduduk Jepun terpaksa berpindah keluar daripada rumah kediaman masing-masing.

Kejadian itu juga telah menyebabkan kebimbangan rakyat dunia ekoran peningkatan kadar radiasi selepas beberapa loji nuklear meletup.

No comments:

Post a Comment

Followers