Harakahdaily, | 06 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib
Razak disaran meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 untuk menjadikan
syarikat minyak negara Petronas bertanggungjawab kepada Parlimen dan
bukan sekadar bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.
Langkah ini penting bagi menjamin ketelusan tadbir urus kewangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu di samping mempertahankan kepentingan Petronas daripada terus 'diperah' oleh kerajaan dengan dipaksa menyerahkan keuntungannya tanpa ketelusan, malah dapat menjawab persoalan mengapa harga runcit petrol tidak diturunkan apabila harga minyak mentah di pasaran antarabangsa mencatat kenaikan.
Gesaan ini dibuat sebuah badan pemikir bebas, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dalam kenyataan media dikeluarkan Pengarah Eksekutif Kajian Politiknya, Ooi Heng.
Menurut Oii, Najib ketika merasmikan Seminar Minyak dan Gas Asia 2013 (AOGC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 10 Jun lalu mengakui industri minyak dan gas menyumbang lebih 40 peratus kepada pendapatan negara.
Malah Petronas dijangka menjana RM131.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK).
Bagaimanapun pada 27 Ogos lalu, syarikat minyak itu mengumumkan bayaran dividen RM27 bilion kepada kerajaan bagi 2013, susut RM3 bilion berbanding tahun lalu.
"Ini bermakna pendapatan kerajaan akan menurun memandangkan Petronas adalah penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan kerajaan," ujar Oii.
Pada 2 September, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengumumkan harga diesel dan minyak petrol RON95 dinaikkan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam, 3 September.
Menurut Najib, ia salah satu langkah rasionalisasi atau penyusunan semula subsidi yang dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan dan bertujuan mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam menghadapi persekitaran ekonomi dunia yang mencabar.
Oii menambah, keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu diburukkan lagi dengan penurunan pendapatan kerajaan, penurunan eksport negara, kejatuhan nilai ringgit, defisit fiskal yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara yang gagal mencapai sasaran.
Pemotongan subsidi minyak, ujarnya bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di samping mengganti balik pendapatan kerajaan yang berkurangan.
"Penting sekali, kenaikan harga minyak ekoran penstrukturan semula subsidi ini bakal diikuti dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," tegasnya.
Petronas adalah pembayar cukai dan sumber hasil terbesar negara yang membentuk sekurang-kurangnya 30 peratus hasil kerajaan persekutuan.
Namun jelas Oii, butiran-butiran tentang bagaimana hasil yang disumbang itu dibelanja dan digunakan oleh kerajaan tidak ditunjukkan dalam akaun rasmi atau didedahkan.
"Berikutan itu KPRU berpendapat, Petronas harus bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak lagi disembunyikan daripada tatapan wakil rakyat dan rakyat Malaysia," ujarnya.

No comments:
Post a Comment