Wednesday, December 29, 2010

SELANGOR IKTIRAF SUMBANGAN DR MUHAYA


Ismail Hashim HARAKAHDAILY

SHAH ALAM, 28 Dis: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengiktiraf sumbangan besar tokoh pembangunan minda masyarakat yang merupakan doktor mata berpengalaman, Prof Dr Muhaya Mohamad sebagai Penerima Anugerah Tokoh Ilmuan Selangor 2010.

Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, sumbangan besar tokoh ini diharapkan dapat membangkitkan suasana keilmuan dan menyambung usaha menjadikan negeri ini sebagai hub ilmu ilmuan dan pendidikan.

Dr Halimah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri berkata demikian dalam majlis Anugerah Tokoh Ilmuan Selangor, di sini pagi tadi.

"Kewujudan tokoh ilmuan wajar dirasakan oleh masyarakat dan mereka boleh mengambil manfaat besar dari keilmuan yang dimiliki tokoh berkaitan yang pakar dalam bidang mereka serta menghidupkan suasana belajar yang tinggi.

"Usaha Kerajaan Negeri Selangor yang mula melancarkan program Jejak Ilmuan pada Julai 2008 oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berjaya menjejaki ilmuan di merata tempat dan diharapkan mereka dapat memberikan sumbangan balik kepada rakyat Selangor," tegasnya.

Menurutnya, tokoh ilmuan wajar memberikan sumbangan mereka dalam banyak bentuk antaranya pembangunan minda, kemajuan fizikal, kaji selidik dan penemuan baharu mereka kepada rakyat negeri ini.

Dr Halimah juga melahirkan cita-cita peribadi untuk menjayakan hasrat meramaikan tunas-tunas ilmuan muda di dalam berbagai bidang di zaman moden ini sepertimana zaman dahulu yang melahirkan; sebagai contoh, ramai tokoh ilmuan agama yang pakar sains.

Sementara itu, ketika ditemui seusai majlis, Dr Muhaya melahirkan rasa yakin dengan program membangunkan modal insan yang dipelopori oleh jawatankuasa diketuai Dr Halimah, SPIES selama ini.

Menurutnya, rakyat Selangor khasnya hendaklah mengambil pendekatan ini dengan baik dan terus menghayatinya kerana dengan SPIES yang terkandung di dalamnya lima tunggak utama dapat mengemudikan manusia ke arah positif.

Info Profesor Dr Muhaya Mohamad yang boleh didapati dengan mudah di banyak laman internet lantaran terkenal di dalam bidang kepakaran doktor mata dan terkini menjadi ikon siaran motivasi di tv khususnya Dari Mata Turun Ke Hati di Astro.

Prof Muhaya menjadi pakar perunding mata pertama di Asia Tenggara menjalankan prosedur lasik dengan mesin Vismax Femtosecond dengan kaedah termoden dan penghasilan 'flap cornea' dengan VisuMax adalah teknik tanpa pisau sepenuhnya.

Beliau memperoleh Fellowship dalam bidang Uveitis dari Hospital Mata Moorfields di United Kingdom pada 1998, manakala kelulusan PhD dari University of London dalam bidang Ocular Immunology.

Sebagai anak Malaysia terunggul pakar dalam bidang Uveitis, beliau yang memulakan perkhidmatan Uveitis dan terapi immunosuppressive untuk penyakit mata autoimun di Malaysia.

Kini, Dr Muhaya dianggap pakar rujuk dalam bidang pengurusan penyakit uveitis sejak 1998 selain memberi latihan doktor pakar oftalmologi tempatan khususnya dalam bidang uveitis.

Pada 2005, Prof Muhaya dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Khas Terunggul (Special Distinguished Service Award) oleh Akademi Opthomologi Asia Pacifik (APAO) sempena Kongres APAO ke-20 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Kini beliau adalah Perunding Pakar Bedah Mata selain menyandang jawatan Ketua Pusat Mata dan Lasik di Pusat Perubatan Prince Court; Profesor Oftalmologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, serta Profesor Ajung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dr Muhaya juga dipercayai sebagai Pengerusi Persatuan Doktor Mata Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association Ophthalmological Society).

Selain oftalmologi, Prof Muhaya mempunyai minat yang mendalam dalam menyampaikan ceramah motivasi dan sering diundang sebagai penceramah pada minggu orientasi di PCMC.

Kupasan tentang Kupasan Minda dan Perwatakan Berkesan menjadi kegemarannya dan menyampaikan isu ini dalam ceramah antaranya, kepada mahasiswa fakulti perubatan di UKM, IIUM dan USIM.

Pada 2005 beliau menerbitkan bukunya dalam bahasa Inggeris bertajuk How to become a good and successful medical student dan terkini, wajah Prof Muhaya sering kelihatan di kaca televisyen bercakap dalam banyak isu termasuk di saluran TV1, TV2, TV3 dan Astro.

Sunday, December 26, 2010

" DOUBLE STANDARD " di pilihanraya kecil DUN TENANG


Tarikh Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) disfatkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebagai dwi standard.

SPR sebelum ini menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, SPR yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilihat seolah-olah sengaja menyusahkan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

Salehuddin berkata, apabila berdepan pilihan raya kecil di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja sedangkan apabila di kerusi Barisan Nasional(BN), tindakan sebaliknya dilakukan SPR.

"Kita melihat ini 'double standard'. Kita juga lihat jika pilihanraya dilakukan di negeri Pakatan Rakyat maka ia akan menjadi suatu yang lumrah ia akan dilakukan oleh SPR pada waktu berkerja. Tetapi pada negeri Barisan Nasional ia mengadakan penamaan calon dan buang undi di hari cuti hujung minggu. Ini semacam rancangan sengaja untuk menyusahkan pihak Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Namun pihaknya sudah bersedia menghadapi pilihanraya kecil tersebut dengan mempersiapkan jentera di semua peringkat khususnya di negeri Johor.

Malah beliau berkata, kesemua jentera yang ditugaskan sedang menempatkan kedudukan di kawasan masing-masing.

"PAS telah menjanjikan suatu keyakinan bahawa kita boleh melakukan sesuatu untuk mencipta sejarah pada PRK Tenang ini. Kita juga telah menyatakan komitmen yang tinggi terhadap pilihanraya kali ini. Pilihanraya ini merupakan satu 'gendang perang' ke arah kita menghadapi pilihanraya umum 13," jelasnya.

Pilihanraya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, 17 Disember lepas.

Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008, malah ia juga yang pertama sejak pilihan raya kecil DUN Tambatan yang diadakan pada 1989.

DUN Tenang, salah satu daripada dua kerusi negeri dalam Parlimen Labis yang berjirankan kerusi Parlimen Pagoh yang bersempadankan kawasan Parlimen Pagoh di sebelah barat, Parlimen Sekijang di utara dan negeri Pahang di sebelah timur.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus) dan lain-lain 11 orang (0.07%).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.tvs

copy = http://kiff-isme.blogspot.com/

Saturday, December 25, 2010

SEKOLAH LARANG GAMBAR DATUK SERI AZIZAN


kedahlanie.blogspot.com

ALOR SETAR - Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

“Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

“Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.

Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut.

BUKU JINGGA YANG MERESAHKAN

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan berulang kali Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat meyakinkan lagi bahawa BN tidak prihatin kepada para guru dan kakitangan awam yang banyak berjasa ke arah memacu pembangunan dan kestabilan negara kita selama ini.

Ini ekoran tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga yang dilancar dan diperhalusi dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 di Kepala Batas minggu lepas terus mendapat perhatian dan komen dari pemimpin Umno dan BN.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, untuk sekian kalinya Muhyiddin membuat ulasan mengenai isu berkenaan dengan mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Muhyiddin, katanya beralasan langkah itu wajar demi membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membela nasib kakitangan awam serta pegawai-pegawainya.

“Dia mempersoalkan adakah Anwar sanggup berbuat demikian, dan saya lihat sebagai soalan orang terdesak dan hilang hujah dan fakta,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, Muhyiddin kelihatan sangat goyah dengan isu ini sehingga mengeluarkan kenyataan untuk memperlekehkan satu tawaran Pakatan Rakyat yang difikirkan oleh muhyiddin tidak masuk akal sedangkan semua kakitangan kerajaan sedang menunggu untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

“Nampaknya Muhyiddin nampak makin bodoh dengan kenyataan terbarunya untuk menegakkan benang basah berulang kali.

“Suka saya tegaskan kepada semua guru dan kakitangan kerajaan sekiranya anda memberi undi kepada Pakatan Rakyat, nescaya kami akan menunaikan sebagaimana yang dijanjikan dan sekiranya kami engkar, sila kembalikan kuasa itu kepada BN palam PRU ke 14,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Tetapi yang pasti, tegasnya BN tidak menjanjikan sesutu untuk membela nasib kakitangan kerajaan dan itulah satu keterbukaan kami untuk membela nasib anda.

Muhyiddin, kata beliau nampaknya mempertahankan dirinya sendiri dengan dakwaan Anwar yang kesal dengan kenyataannya sebelum ini apabila menyebut bahawa tindakan Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Beliau yang juga Adun Titi Serong menambah, sebenarnya yang menyebabkan kerajaan muflis adalah kesan dari amalam berbelanja boros, rasuah, penyalagunaan kuasa, kronisme, nepotisme dan pelbagai penyelewengan lain selama Umno dan BN masih berkuasa di Malaysia.

Katanya, alasan dangkal Muhyiddin dengan janji Pakatan Rakyat memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM500 negara menjadi muflis adalah tidak masuk akal.

Selain itu, ujarnya cabaran untuk dilaksanakan di negeri yang di perintah oleh Pakatan laksanakan dahulu adalah di luar tajuk perbincangan sebenar kerana janji Pakatan dalam Buku Jingga adalah selepas Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Katanya lagi, kekayaan negara terserlah dengan banyak pendedahan termasuk apa yang dipersoalkan mengenai hasil minyak yang berjaya dikutip oleh kerajaan semenjak zaman Tun Hussein Onn adalah dianggarkan RM456 billion.

“Soalnya sekarang, ke manakah wang tersebut telah dibelanjakan?” tanya beliau.

Tambahnya, jumlah hasil negara adalah termasuk apa yang dipanggil Kumpulan Wang Disatukan dari pelbagai sumber termasuklah hasil judi, jumlah sangat besar dan lebih dari mampu untuk membela nasib pekerja sektor awam yang dipertikaikan Muhyiddin.

“Saya yakin dengan pengalaman Anwar yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan, bahawa tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat adalah yang termasuk dalam kemampuan kewangan negara,” tegasnya.

Tuesday, December 21, 2010

GANTUNG MP : UMNO BN ADA AGENDA TERSEMBUNYI ?


Fakhri Ali HARAKAHDAILY
ALOR SETAR, 21 Dis: Penggantungan empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia baru-baru ini sepatutnya dilaksanakan melalui peraturan mesyuarat dengan mendapat keputusan Jawatankuasa Khas Parlimen.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib sebagai mengulas penggantungan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh (Bukit Gelugor), Mohamed Azmin Ali (Gombak) dan Sivarasa Rasiah (Subang) kerana didakwa menghina dewan tiada ruang diberikan kepada tertuduh untuk membela diri sebelum keputusan penggantungan diambil.

"Mereka yang dituduh ini sewajarnya diberi hak untuk membela diri serta mengemukakan bukti dan saksi, namun begitu perkara ini tidak dilakukan oleh Speaker.

"Bantahan yang dibuat oleh MP PR di Parlimen baru-baru ini adalah kerana tidak wujudnya keadilan dalam proses penggantungan tersebut," katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujudnya agenda tersembunyi dan tersirat yang direncanakan oleh Umno BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang bagi mencapai hasrat mereka mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen.

Tambahnya, tindakan tersebut juga dilihat sebagai satu agenda yang dibuat tanpa pertimbangan yang sepatutnya.

Katanya, ia bukan saja mencalar imej demokrasi berparlimen yang sepatutnya menjadi amalan oleh Speaker dalam mengendalikan sidang dewan, tetapi memperlihatkan kepada rakyat negara ini seolah-olah peraturan yang sedia ada tidak menjadi satu keperluan dalam melaksanakan tindakan dalam sesuatu isu yang membabitkan perkara sedemikian.

Saturday, December 18, 2010

WALIMATUL URUS RUMAH EN NAWAWI B. NORDIN









*18 Dis 2010 ( Sabtu ) telah berlangsung majlis walamatul urus anak sulung En Nawawi b Nordin di Kpg Pdg Tembak Teluk Intan.

* Kehadiran saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga telah memeriahkan suasana.

* Barakallahu lakuma diucapkan kepada kedua mempelai.

Wednesday, December 15, 2010

NAIK TARAF MARKAZ PAS KAWASAN

Selepas di keluarkan semua barang


Bakar barangan terpakai


berat juga kabinet ini

Tikar getah yang telah uzur

* Pada malam tadi 14 Dis 2010 di adakan gotong royong mengeluarkan semua barang yang ada dalam markaz tingkat bawah untuk naik taraf lantai markaz.
* AJK Pas cawangan Kpg Pdg Tembak bergotong royong melaksanakan aktiviti tersebut.
* Turut hadir YDP kawasan merangkap Ketua Cawangan Pas Kpg Pdg Tembak.
* Insya Allah selepas ini lantai markaz akan berwajah baru, yang selama ini hanya beralaskan tikar getah.
* Terima kasih kepada penderma, Pasti Ibnu Sina dan Pas Kawasan yang turut membantu memberi dana untuk menjayakan projek tersebut.

Monday, December 13, 2010

BN naik harga barang untuk dana PRU?



Nazri Abdullah HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR, 13 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa keputusan kerajaan menaikkan harga empat barangan keperluan baru-baru ini adalah bertujuan mengutip dana pilihan raya untuk Umno BN.


Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, Umno kini terdesak apabila beberapa negeri yang sebelum ini menjadi 'lubuk emas' mereka, kini diteraju Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Mac 2008 lalu.
"Apa yang kita bimbang, kerajaan Umno BN menggunakan peluang ini untuk mengumpul dana pilihan raya.
"Apakah dengan kehilangan empat buah negeri pada PRU lalu, mereka hilang punca pendapatan sehingga terpaksa naikkan harga barang secara melulu, biarpun berdepan kemarahan rakyat," katanya kepada Harakahdaily.


Beliau berkata demikian terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula baru-baru ini.
Katanya, rakyat tidak boleh menerima kenaikan mendadak tersebut apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dunia dan sewajarnya rakyat negara ini tidak dibebankan dengan kenaikan tersebut.


Lebih malang, rakyat katanya seperti dihukum akibat sikap boros kerajaan termasuk membelanjakan wang yang besar untuk projek mega yang tiada kesan langsung kepada rakyat.
"Negara sepatutnya mempunyai dana tampungan, agar rakyat tidak dibebankan.
"Kenaikkan ini akan menjejaskan potensi rakyat untuk hidup selesa," katanya.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat, jam 5 petang, 18 Disember ini di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Selain bertemu masyarakat, mereka juga akan mengedarkan risalah berhubung isu itu.
Akibat kenaikkan terbaru itu, petrol RON95, kini menjadikan RM1.90 seliter berbanding RM1.85 sebelum ini.


Harga diesel juga naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Saturday, December 11, 2010

BAWA BARANG GUNA MINYAK

Nazri Abdullah HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS menganggap amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata Ismail cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga.
“Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Nampaknya, kata beliau kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung.
Katanya, alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus.
Sepatutnya, tambah Idris pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat.
Katanya, kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan daripada pusat.
“Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini,” ujarnya lagi.
Pihak kerajaan, ujarnya perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik, maka semua perkara akan naik.
“Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara,” ujarnya sinis.
Tambahnya, jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, elektrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus.

Saturday, December 4, 2010

HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG DI SAMBUT MERIAH







Derma darah


Peserta berkhatan

Gotong royong masak dua ekor kambing


*Hari ini 4 Dis 2010 telah berlangsung Hari Kebajikan Dun Changkat Jong. Berbagai aktiviti dijalankan antaranya berkhatan, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan, pertandingan masakan, derma darah, pameran aedes & kanser,jualan dan berbagai lagi. Sambutan yang diterima amat menggalakan.
* Sebelah malam nanti ada ceramah dari Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin.

Friday, December 3, 2010

PEMUDA PAS SERTAI DEMO BANTAH KENAIKAN TARIF AIR

Nazri Abdullah HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS akan mengerah ahlinya menyertai perarakan bersama-sama Menteri Besar Selangor bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air kepada Yang Di-pertuan Agong, di Istana Negara, Ahad ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, biarpun himpunan itu bertembung dengan program Jambori Amal peringkat Kebangsaan Pemuda PAS di Melaka, komitmen dan sokongan pemuda PAS tetap diberikan dengan menghantar pemuda PAS Wilayah dan Selangor.

"Himpunan itu sebenarnya bertembung dengan Jambori Amal Kebangsaan pemuda PAS, tapi pada mesyuarat lajnah politik Selasa lalu, kita telah mengecualikan pemuda PAS Selangor dan Wilayah menyertai jambori dan minta mereka memberi tumpuan kepada himpunan itu nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Kerajaan negeri Selangor mensasarkan 100 ribu tandatangan rakyat bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor.

Memerandum bantahan yang ditandatangan itu dijangka akan diserahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Sultan Mizan Zainal Abidin selepas perarakan yang bermula dari Masjid Negara, jam 12 tengah hari.

Kumpulan bantahan itu juga akan berbaju merah sebagai lambang bantahan mereka.

Mereka juga dijangka bertembung dengan dengan kumpulan NGO Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) yang akan berbaju hitam yang turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan

Monday, November 29, 2010

PERTAHAN KEYAKINAN RAKYAT

Harakahdaily
SHAH ALAM, 29 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang diperintah.

Ini, katanya kerana Umno BN sentiasa berusaha untuk memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Beliau berkata, ini kerana Umno BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan raya ke-12 lalu kerana perpaduan.

Justeru, katanya Umno BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini.

Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan dan Selangor, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali.

Ustaz Azizan menambah, media massa sering menyiarkan perkara yang salah dan tidak benar mengenai Pakatan Rakyat supaya masyarakat tidak yakin kepada kerajaan Pakatan.

“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya semua pemimpin Pakatan Rakyat mesti menjaga dan mempertahankan keyakinan rakyat terhadap kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai.

Ini, katanya kerana suasana yang berlaku pada hari ini membuktikan bahawa rakyat merasa selesa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan era pemerintahan Umno.

Dalam mempertahankan keyakinan itu, katanya ia memerlukan kepada pengorbanan.

Mengenai Kedah, beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri berjaya menyatukan rakyat sekalipun tidak mendapat publisiti daripada media massa.

Jelasnya, dengan pendekatan tersebut, rakyat Kedah merasa selesa dengan Kerajaan Pakatan rakyat negeri sekarang berbanding sebelum ini.

“Yang kata tak selesa, orang luar Kedah,” tegasnya.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya membuat kajian dari semasa ke semasa apa yang disukai dan tidak disukai oleh kumpulan sasar.

Friday, November 26, 2010

PERSIAPAN TEMPAT CERAMAH TIMBALAN PRESIDEN PAS






Ceramah oleh Ustaz Nasharudin b. Mat Isa ( Timbalan Presiden PAS ) akan diadakan pada 27 Nov. 2010 ( Sabtu ) jam 9.00 malam bertempat di Markaz Pas Kawasan Teluk Intan, di Kpg Pdg Tembak.
* Seorang Hamba Allah telah sudi memberi sumbangan 2 lori pasir untuk ditambak di kawasan Markaz supaya kawasan lebih selesa.
* Tuan-tuan dan puan-puan dijemput hadir beramai-ramai.

Monday, November 22, 2010

MALAYSIA PERLU BERANI TEGUR KUASA BESAR


Nazri Abdullah HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 22 Nov: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu kerajaan Malaysia lebih berani menegur dan menyatakan keadilan terhadap sikap double standard kuasa-kuasa besar dunia.

Bercakap sewaktu Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar (Hubungan Dua Hala), Ahli Parlimen Marang itu berkata, Malaysia masih tidak memainkan peranan sewajarnya khususnya melalui Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

Beliau merujuk kepada isu penindasan Israel terhadap rakyat Palestin, isu nuklear Iran dan isu cadangan penggunaan Dinar oleh Lapan Negara Membangun (D8) pada satu masa dahulu.

"Kerakusan Yahudi Israel sangat melampau sehingga halau rakyat Islam di sekitar Baitul Maqdis, merobohkan rumah-rumah mereka, membakar kampung halaman dan kebun-kebun mereka tanpa perhatian masyarakat antarabangsa.

"Perlu Malaysia sebagai sebuah negara ahli dalam OIC dan negara berkecuali, mengambil sikap lebih proaktif agar masalah ini tidak terus meruncing," katanya yang juga Presiden PAS.

Tambahnya, jika tindakan kejam itu dibiar terus berlaku, dikhuatiri ancaman keselamatan antarabangsa lebih besar akan berlaku.

Dalam isu nuklear Iran pula beliau mahu Malaysia bersikap adil dalam menyatakan pendirian.

"Kementerian Luar tidak tegas, kadang menyokong dan kadang-kadang menentang," katanya lagi.

Iran, katanya telah menjelaskan pengkayaan uranium mereka hanya sebagai sumber tenaga untuk kegunaan rakyat negara itu.

Sangat double standard, katanya jika Malaysia tidak pula menentang penggunaan nuklear oleh kuasa besar lain termasuk Israel dan Amerika Syarikat yang jelas diguna untuk persenjataan.

"Kita perlu sedar, kuasa barat begitu tidak adil dalam hal ini. Mereka membenarkan Israel guna nuklear untuk persenjataan sejak tahun 60an.

"Terbukti mereka guna bahan radio aktif dalam peperangan di Lubnan dan Gaza," katanya.

Dalam isu penggunaan Dinar yang dicadang negara D8 pula, Malaysia katanya gagal berperanan mempertahan cadangan itu sehingga ianya gagal dilaksanakan.

Cadangan tersebut juga, katanya sebelum ini turut disokong mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu melihat ekonomi Islam diperkukuhkan.

"Saya tidak tahu mungkin ada tekanan dari kuasa barat dan kita tidak berani hadapi tekanan ini padahal anggota yang ramai dalam OIC.

"Kenapa kita tidak manfaatkan kedudukan kita dalam OIC untuk bergabung menjadi satu kekuatan?" katanya.

Saturday, November 20, 2010

HASAD DENGKI PUNCA PUSAT ENGGAN IKTIRAF DINAR KELANTAN


Nazri Abdullah HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Tindakan kerajaan Pusat tidak mengiktiraf penggunaan Dinar dan Dirham Kelantan dibayangi sifat prejudis dan hasad dengki terhadap pemerintahan PAS, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengulas jawapan bertulis Menteri Kewangan terhadap soalan lisannya di Dewan Rakyat yang bertanya pendirian Kerajaan Pusat tentang pengenalan Dinar dan Dirham yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Menteri dalam jawapannya mendakwa penggunaan wang emas dan perak dalam urus niaga akan menyebabkan orang ramai menanggung risiko harganya yang sentiasa turun naik.

Selain itu, pengguna juga akan bermasalah untuk mengesahkan ketulenan emas atau perak serta kemungkinan berlakunya pemalsuan yang berleluasa.

"Amat malang sekali jawapan dari Menteri Kewangan adalah seperti tertera di atas.

"Ternyata apabila Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai instrumen kewangan selain dari mata wang – ’legal tender’, kerajaan BN terus mengecam seolah-olah ia satu kesalahan.

"Prejudis itu juga terserlah dengan memaparkan pelbagai aspek negatif dan risiko yang kononnya akan menimpa rakyat dan pengguna," kata Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Kerajaan Kelantan melancarkan Dinar Emas pada 12 Ogos lalu atas penegasan ianya bukanlah matawang, tetapi hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade (perdagangan pertukaran).

Menurut Dzulkefly, prejudis tersebut jelas boleh dilihat apabila Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu.

Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.

Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.

"Sungguh malang andainya pimpinan Umno terus menyimpan perasaan prejudis sehinggakan yang rugi ialah rakyat sementara kebaikan yang mahu disampaikan kepada umat terhalang kerana sikap yang sempit dan perasaan yang dilingkungi hasad.

"Pemikiran yang waras dan jiwa yang murni akan dapat mengenali betapa ’politik sempit’ dan kelonggaran pegangan kepada agama Islam akan meletakkan perhitungan kepentingan politik kepartaian mengatasi tuntutan kewajaran dan kebenaran yang dianjurkan oleh Islam," katanya.

Friday, November 19, 2010

PAS TIDAK PERLU CERAMAH JIKA MEDIA ADIL


Mohd Sabri Said HARAKAHDAILY
KEPALA BATAS, 18 Nov: PAS tidak akan bergelut lagi mengatur ceramah menerangkan isu kepada rakyat sekiranya media di Malaysia bersikap adil, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Ketika ditemui selepas menyampaikan khutbah Aidiladha di Markaz Tarbiah PAS Negeri Pulau Pinang di Pongsu Seribu, semalam beliau menyokong penuh tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang tidak membenarkan media pro Umno BN membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah.

(Gambar: Mohamad Sabu menyembelih lembu korban.)

Beliau menambah, isu banjir tidak sepatutnya dijadikan isu politik sebaliknya bekerjasama dengan kerajaan negeri membantu mangsa banjir.

"Jika media di Malaysia bersikap adil dengan memberi ruang untuk PAS dan parti dalam Pakatan Rakyat bersuara di mana-mana siaran sama ada cetak atau elektronik, saya yakin PAS tidak payah lagi berceramah di sana ke mari malahan boleh menumpukan pada gerakan kebajikan dan dakwah," jelasnya.

Ini tidak, katanya media bersikap seperti 'jakun' membantu kerajaan BN yang nyata zalim serta takut kepada erti kekalahan sebenar.

Justeru itu, ujarnya mereka sanggup menggadai prinsip dan etika kewartawanan semata-mata mahu mengikut telunjuk kepimpinan yang telah terbukti rasuah dan melakukan penyelewengan.

"Mereka tetap jakun dari dulu sehingga hari ini, tidak sebagaimana media di Indonesia, Thailand dan Vietnam bakal mengikut rentak negara berkenaan," tegasnya.

Sementara itu, semasa berkhutbah beliau berpesan kepada umat Islam supaya memperhambakan diri kepada Allah Taala dengan melaksanakan semua suruhan sama ada ianya masuk akal atau sebaliknya.

Menurutnya, Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat mimpi untuk menyembelih anaknya Ismail a.s terus sahaja melaksanakan arahan tersebut biarpun ianya tidak lojik bagi manusia yang jahil.

"Anak yang sedang membesar mana boleh dikorbankan, mesti ada perasaan sayang dan kasih. Tetapi, kerana ianya suruhan Allah SWT kena dituruti," jelasnya dalam program Korban Perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Lima ekor lembu dikorbankan dan dibahagikan kepada fakir miskin di cawangan-cawangan.

Saturday, November 13, 2010

PAS PERLU MENANG DENGAN KEKUATAN SENDIRI


Nazri Abdullah HARAKAHDAILY
SHAH ALAM, 13 Nov:

PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.

"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.

"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di sini hari ini.

Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman,

Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.

Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.

Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku.

"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.

Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.

"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh.

"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat," tambahnya lagi.

Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.

Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.

Umno berundur secara terhormat

Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.

Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus rakyat dan negara dengan baik.

"Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah.

"Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya.

Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar melakukan perubahan.

Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga memerlukan undi orang Umno.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad akan membentang kertas kerja bertajuk "PAS Ganti Umno; Rasional dan Tindakan".

Manakala AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar akan membentangkan tajuk "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu".

* gambar dari idhamlim.blogspot

Friday, November 12, 2010

KEDAH BELANJA RM 2 JUTA BANTU MANGSA BANJIR


Ali Hashim HARAKAHDAILY

ALOR SETAR, 11 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah membelanjakan hampir RM2 juta bagi membantu mangsa banjir yang terlibat dalam bencana yang menimpa negeri Kedah baru-baru ini.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada sidang media di sini semalam.

Menurut beliau lagi sumbangan bagi mangsa banjir tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi penyediaan segala bentuk keperluan seperti makanan dan seumpamanya.

"Selain dari bantuan tersebut, tenaga kerja dan logistik turut disediakan bagi membantu banjir yang berpindah ke tempat perpindahan. Namun begitu bagi mereka yang tidak berpindah kemungkinan bantuan dalam bentuk lain akan dipertimbangkan.

"Sebelum ini adanya dakwaan mangsa banjir yang tidak menerima bantuan datangnya dari mereka yang enggan berpindah ke pusat pemindahan yang telah ditetapkan, " katanya lagi.

Azizan juga berkata, sehingga semalam jumlah mangsa banjir yang telah pulang ke rumah adalah seramai 45,583 mangsa yang terdiri dari 11,840 keluarga.

Manakala seramai 12,185 mangsa yang terdiri dari 3181 keluarga masih lagi ditempatkan di 23 buah pusat pemindahan.

Katanya lagi antara pusat pemindahan yang telah ditutup ialah dalam daerah Padang Terap, Pokok Sena dan Pendang.


(Gambar: Pegawai kanan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Zulkifli Yahya melihat bungkusan yang disiapkan sebelum diserahkan kepada mangsa banjir)

Sementara itu 11 pusat pemindahan di Kubang Pasu dan 12 di Kota Setar masih lagi beroperasi sehingga keadaan dipastikan selamat sebelum mangsa banjir dibenarkan pulang kerumah masing-masing.

Beliau juga menyelar Kerajaan Pusat yang cuba mempolitikkan isu bantuan kepada mangsa banjir apabila mendakwa kerajaan negeri tidak mampu untuk menyalurkan sumbangkan kepada mangsa yang terlibat.

"Sebenarnya kita tidak pernah memohon bantuan dari Kerajaan Pusat bagi membantu mangsa banjir di negeri ini. Kita hanya meminta bantuan dari Perak. Manakala Pulau Pinang dan Selangor pula menawarkan bantuan yang berupakan minuman dan bekalan air bersih.

"Perak menyalurkan bantuan yang berupa logistik, lori tangki serta 120 sukarelawan bagi membantu melicinkan perjalanan membantu mangsa banjir. Kita juga berterima kasih kepada mereka kerana sanggup untuk mengenepikan perbezaan fahaman ideologi demi kemanusiaan, " ujarnya lagi.

Monday, November 8, 2010

TIADA PEGAWAI KELANTAN RASUAH SEJAK 1990


HARAKAHDAILY

KOTA BHARU, 8 Nov: Sejak PAS menerajui Kelantan pada Oktober 1990 sehingga sekarang tidak ada pegawai kerajaan yang didapati terbabit dengan kesalahan rasuah.

Nombor sifar itu diberitahu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (gambar) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Pegawai terbabit dari golongan profesional dari gred N41 hingga N54.

Bagaimanapun menurutnya bilangan kakitangan sokongan dari gred N1 hingga 28 yang terbabit dengan kesalahan rasuah dicatat sebanyak 15 kes.

“Bagi kes jenayah pula hanya mencatat lima kes membabit pegawai profesional negeri sejak 1990 sehingga 2010.

“Manakala bagi kakitangan sokongan pula sebanyak 14 kes bagi kesalahan jenayah,” katanya menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong).

Timbalan Menteri Besar berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada dasar Membangun Bersama Islam yang diterap kerajaan negeri kepada kakitangan awam sejak 1990 sehingga sekarang.

Katanya, dasar itu berjaya diselami dalam jiwa setiap kakitangan kerajaan negeri sehingga mengelakkan diri daripada kegiatan rasuah dan jenayah.

Menjawab soalan tambahan Mohamed Mustapha (PAS-Demit) katanya, buku panduan dasar Membangun Bersama Islam akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Kita lakukan selaras dengan tuntutan agama,” katanya.

Sunday, November 7, 2010

KEDAH SEDIA RM 1 JUTA BANTU MANGSA BANJIR


Harakahdaily
ALOR SETAR, 7 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi (gambar) berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.

"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran.

Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.

"Memang di Jalan Tun Razak dan Jalan Sultanah ada isu itu, kita akan siasat secara menyeluruh hari ini," katanya.


(Gambar: Pengerusi surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang menyerahkan sumbangan kepada ustaz Ghazali Omar (kanan) untuk diserahkan kepada mangsa banjir di Kedah)

Sementara itu, sumbangan dari luar datang mencurah-curah untuk membantu mangsa banjir di negeri Kedah.

Tengahari ini, Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali menyerahkan sumbangan RM400,000 dari kerajaan negeri Selangor kepada kerajaan negeri Kedah.

Bantuan juga diserahkan oleh kawasan-kawasan PAS di seluruh negara di samping kutipan dibuat di masjid dan surau untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

Pemuda PAS kawasan Selayang telah menghantar kira-kira 50 kampit beras dan diserahkan di bilik oeparasi banjir PAS yang terletak di Kompleks PAS Kedah, dekat Kota Sarang Semut.

Saturday, November 6, 2010

PAS KEDAH PERLU SUMBANGAN BANTU MANGSA BANJIR


Izwan Abdul Halim Harakahdaily

ALOR SETAR, 6 Nov: PAS Negeri Kedah telah membuka Bilik Gerakan Banjir di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut dalam usaha memberikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Penolong Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad berkata, bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam dan akan mengkoordinasikan bantuan sewajarnya kepada mangsa-mangsa banjir.

PAS Kedah juga, katanya, telah menyusun tenaga sukarelawannya terdiri daripada Pemuda, Muslimat, Unit Amal dan Nisa’ untuk menjayakan bantuan tersebut.

Tambahnya, pada ketika ini pihak PAS Kedah amat memerlukan sumbangan orang ramai berupa air mineral, tuala wanita, lampin bayi dan biskut.

Sehubungan itu, beliau menyeru mereka yang prihatin untuk membantu usaha tersebut melalui sumbangan terus ke bilik gerakan banjir.

Katanya lagi, para dermawan yang berhasrat untuk turut serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir juga boleh terus berhubung dengan PAS Kedah agar kenderaan dan lokasi penyerahan sumbangan dapat ditentukan.

Sumbangan wang tunai juga boleh dihulurkan melalui akaun Maybank 552170001133 atas nama Majlis Tindakan Bencana Alam BPPNK.

Sebarang pertanyaan boleh menghubunginya di talian 012-482 7563 atau Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya di talian 019-4704740 dan 04-748 1120.

( gambar dari Kedahlanie.blospot)

Thursday, November 4, 2010

PAS BEDAH SIASAT GAGAL PERTAHAN DUN GALAS


Harakahdaily

GUA MUSANG, 4 Nov: PAS akan melakukan bedah siasat terhadap kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.

Biar pun begitu jentera pilihan raya PAS Kelantan berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang dijalankan dan bantuan jentera dari luar serta rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, kesungguhan ditunjukkan jentera kempen begitu memberangsangkan sekali sehingga ramai tenaga dari luar datang membantu.

“Namun kita juga mengesan ada penyokong di peringkat Unit Peti Undi (UPU) tidak keluar mengundi mungkin berpunca dari masalah tertentu.

“Kegagalan mereka keluar mengundi menyebabkan prestasi pilihan raya umum lalu gagal dipertahankan,” katanya di sini.

Pada pilihan raya kecil hari ini calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 undi, manakala calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed memperolehi 4,134 undi.

BN mendapat majoriti sebanyak 1,190 undi. Dan peratusan keluar mengundi sebanyak 83 peratus.

Keputusan rasmi pilihan raya tersebut diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Galas, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.

Abdul Fatah yang juga Adun Bukit Tuku berkata, faktor peningkatan ketara pengundi Orang Asal kepada BN kerana penglibatan secara langsung agensi kerajaan terutamanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan Rela di penempatan mereka.

Katanya, penglibatan secara langsung agensi kerajaan terbabit dengan mengawal sepenuhnya masyarakat Orang Asal menyebabkan mereka tidak berani memberi sokongan kepada calon PAS.

“Biar apa pun PAS akan melakukan post mortem bagi mengenal pasti punca sebenar kemerosotan undi pada pilihan raya kecil ini. Selain jentera kerajaan pusat kita perlu lihat ada faktor sampingan lain,” ujarnya.

Wednesday, November 3, 2010

BERI ZAKAT PUN DITUDUH 'RASUAH'


Hafiz Irwan HARAKAHDAILY

GUA MUSANG, 3 Nov: Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mempertikai laporan yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi wang kepada masyarakat Orang Asal yang diislamkannya sebagai rasuah.

Abdul Halim berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebenarnya menyampaikan wang zakat kepada tiga masyarakat Orang Asli selepas mengislamkannya di perkampungan Orang Asli, Sandrop.

“Bukan rasuah tapi zakat kepada tiga Orang Asli. Saya sudah mengesahkan perkara ini. Wang itu diberi kepada tiga Orang Asli selepas Tok Guru mengislamkan mereka.

“Zakat boleh dibayar di mana-mana atau pada bila-bila masa. Apatah lagi kepada saudara baru yang memeluk Islam. Takkanlah beri zakat kepada tiga orang itu rasuah,” katanya dalam sidang media di markas PAS di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendakwa Mursyidul Am PAS memberi wang kepada mereka yang terbabit sebagaimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

Akhbar berkenaan hari ini menyiarkan gambar Mursyidul Am PAS menyampaikan wang kepada Orang Asli selepas diislamkannya di perkampungan Orang Asli Sandrop.

Visual yang sama turut disiarkan berita TV3 malam tadi.

Ekoran itu, Timbalan SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu melanggar seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak mempunyai kuasa menyiasat atau mengambil tindakan ke atas Mursyidul Am PAS itu sekiranya kes tersebut benar-benar berlaku.

Justeru, Abdul Halim meminta SPR perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut kerana ia boleh mencemar kredibiliti badan bebas itu selain dipandang sebagai berpihak.

“SPR biarlah terbuka, jangan melihat bila Tok Guru beri duit sikit lalu dikatakan rasuah. Kalau ia meragukan buatlah laporan polis atau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysaia (SPRM).

“Jangan keluar kenyataan yang seolah-olah SPR boleh dilihat sebagai memihak,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Halim yakin pemberian ‘wang ihsan’ akan berleluasa di kawasan Dun Galas menjelang tempoh pilihan raya yang berbaki tidak sampai 24 jam lagi.

“Saya yakin ‘wang ihsan’ akan melebar di sini pada pilihan raya ini yang dikeluarkan kepada golongan-golongan tertentu yang dikelaskan sebagai golongan miskin terutama golongan atas pagar,” katanya.

“Walaupun sekarang ini ia diberi di tempat-tempat lain tapi akan diberi juga di sini kerana di sini juga ramai orang miskin. Ini menampakkan ‘wang ihsan’ itu diberi seolah sogokan untuk menarik undi,” katanya.

Tuesday, November 2, 2010

RON 97 'TAHNIAH' KERAJAAN MENYUSAHKAN RAKYAT


Nazri Abdullah HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR, 2 Nov: PAS mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan Umno BN di atas keputusan menaikkan 5 sen harga petrol RON 97 bermula tengah malam tadi.

Ketika diminta mengulas perkembangan terbaru itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli secara sinis turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sekali lagi menyusahkan rakyat.

"Tahniah, sebab terus menerus buat keputusan yang menyusahkan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai hari ini tanpa sebarang pengumuman.

Berikutan itu, harganya kini menjadi RM2.15 seliter.

Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

"Nampaknya kerajaan sekali lagi mengambil kesempatan tarik subsidi rakyat, kita tak dengar pun ada kenaikan minyak di pasaran dunia.

"Ini terbukti kerajaan akan terus naikkan harga barang, tak kira waktu pilihan raya atau tidak," katanya.

Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2011 sebelum ini mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion bagi menarik pelabur dan pelancong.

Bagaimanapun menurut Hatta, dengan keputusan menaikkan harga minyak tersebut, membuktikan bajet yang dibentang mementingkan projek mega dari keperluan rakyat.

"Kita bercakap tentang kedudukan kewangan negara yang mantap, dalam masa sama kerajaan alihkan beban kepada rakyat.

"Saya ingatkan kepada rakyat terutama pengundi Galas dan Batu Sapi bahawa akan ada lagi kenaikan harga barang diumum kerajaan Umno BN selepas ini," katanya yang juga Koordinator Protes.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim di Dewan Rakyat hari ini bagaimanapun menjelaskan, kenaikan tersebut adalah biasa kerana harga petrol RON 97 sebelum ini diletakkan dalam apungan dan boleh meningkat mengikut pasaran dunia.

Sunday, October 31, 2010

BALIK MENGUNDI SEKALIPUN MERANGKAK


Nazri Abdullah HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Pengundi Dun Galas di perantauan digesa pulang mengundi pada 4 November ini sekalipun terpaksa merangkak, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, adalah menjadi satu kewajipan untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin sama ada di peringkat negara, negeri mahupun Dun, di kalangan orang yang beragama.

"Saya mintak tuan-tuan balik, kalau tak dapat balik dengan kapal terbang, balik dengan kereta, kalau tak boleh dengan kereta, balik berjalan kaki, meranggakak sekali pun kena balik.

"Dosa besar kita biar orang kafir, orang munafik 'ghanya' (merosakkan) ekonomi kita, akidah kita," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 100 anak-anak Dun Galas di perantaun pada Majlis Minum Teh bersama Menteri Besar Kelantan di sebuah hotel di ibu negara petang tadi.

Hadir sama pada majlis itu, exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Abdul Fatah Mahmood, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Halim Abdul Rahman serta pimpinan PAS kawasan Galas.

Calon PAS bagi PRK Galas, Dr Zulkefli Mohamad bagaimanapun tidak dapat hadir kerana jadual kempen di kawasan yang padat dan hanya menghantar wakil calon.

Tambah Tuan Guru Nik Aziz lagi, perebutan menjaga negeri antara hak dan batil sudah berlaku sejak zaman Nabi lagi, dan apa yang berlaku hari ini bukan rekaan PAS tetapi tuntutan agama.

Beliau juga menggesa agar orang Islam khasnya di Galas tidak percaya dengan dakwaan Umno bahawa urusan pentadbiran negara adalah urusan politik bukan urusan agama.

"Bukan PAS dengan Umno sahaja yang berebut, Nabi Muhammad SAW dulu berebut jaga negeri dengan adik beradik dia Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufian.

"Patutnya yang lawan kita MCA, MIC< bukan Umno. Tapi nasib kita nak buat macam mana," katanya lagi.

Sementara itu, pada majlis sama, Tuan Guru turut menyerahkan bendera PAS kepada wakil anak-anak Galas di perantauan.

Beliau menyeru mereka agar memasang bendera tersebut pada kenderaan masing masing waktu pulang mengundi nanti.

Thursday, October 28, 2010

KERJASAMA : UMNO UMPAMA LEBAI MALANG

Hafiz Irwan HARAKAHDAILY

KOTA BHARU, 28 Okt: Umno terus membayangkan fobianya terhadap PAS apabila terus bertindak menghentam parti itu dalam isu kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.

“Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) amat jelas.

“Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia semalam di bawah tajuk ‘TPM bidas ‘fatwa’ ikut suka Pas’.

“Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata ketika berkempen di Galas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, secara umumnya pemimpin DAP hari ini tidak lagi menjadi kumpulan yang anti Islam sebaliknya beransur-ansur mengenali kesucian agama ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Tuan Guru menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.

“Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.

“Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja,” jelasnya.

PERBADANAN ASET KERETAPI (PAK) HUTANG KELANTAN RM 30 JUTA

Hazayani Zakaria HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Ahli Parlimen Pasir Putih, Muhammad Husein meminta Menteri Pengangkutan Malaysia memberikan penjelasan mengenai hutang Perbadanan Aset Keretapi (PAK) kepada Kelantan.

Muhammad ketika membahaskan bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini memberitahu, PAK belum menjelaskan bayaran cukai tanah tahun 2010 bagi tanah-tanah negeri itu yang digunakannya sebanyak RM 30,216,658.70.

"Saya mendapat satu surat rupanya KTMB ini yang masuk ke Kelantan tak bayar hutang kepada Kelantan,cukai tanah berjumlah lebih RM30 juta. Jadi saya nak minta jawapan daripada Menteri apa sebenarnya yang terjadi," kata beliau.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen selepas itu turut menunjukkan surat tuntutan daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan kepada PAK yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Menurut surat berkenaan, isu tuntutan bayaran cukai tanah tersebut telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hasil Negeri pada 16 Mei lalu.

Mesyuarat itu memutuskan PAK menjelaskan terlebih dahulu bayaran cukai tanah yang tertunggak bagi tahun 2009 dan cukai tanah tahun 2010 yang berjumlah RM 3,958,273.70 iaitu jumlah sebelum 1 Julai tahun ini sebelum permohonan PAK untuk dikecualikan daripada menjelaskan jumlah baki bayaran cukai tanah mengikut kadar baru daripada tahun 1994 sehingga tahun 2008 berjumlah RM 26,258,385 diberi pertimbangan lanjut.

Berikutan PAK belum membuat apa-apa bayaran, mereka telah didenda lewat bayaran cukai tanah selepas 30 Jun tahun semasa dikenakan selaras dengan peruntukan kaedah 17, kaedah-kaedah Tanah Kelantan 1966.

Sehubungan itu, PAK perlu menjelaskan hutang sebanyak RM 4,552,016.70 sebelum penghujung tahun ini.

Wednesday, October 27, 2010

CANDU HIBURAN AGAR RAKYAT LALAI PETAKA RASUAH


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini adalah petanda pemimpin negara sudah bankrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini.

“Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini?” soalnya.

Katanya, ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri.

“Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini,” soalnya lagi.

Mereka, ujarnya mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020.

Tambahnya, lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

“Walaupun projek ini untuk menarik pelancong luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.

“Sebenarnya rancangan ini untuk menjadikan rakyat lalai dengan hidangan ‘candu hiburan’ dan melupakan malapetaka rasuah yang terus mencengkam negara di tangga ke 56,” ujarnya.

Buktinya, kata beliau Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya menggambarkan kegagalan kerajaan umno BN berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak kementerian.

Menurutnya, walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja.

Beliau berkata, semuanya akibat kejahilan dan rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar meluat untuk datang ke negara ini.

Buktinya, kata beliau laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara Asean, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD1,381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD7,318 juta pada 2008.

Katanya, kejatuhan nilai pelaburan itu adalah yang tertinggi berbanding negara Asean lain.

Tuesday, October 26, 2010

KERJA KUAT PASTIKAN PAS MENANG


Nazri Abdullah HARAKAHDAILY

GUA MUSANG, 26 Okt: Dr Zulkefli Mohamad menyeru semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat supaya bekerja kuat bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas pada 4 November ini.

Dalam ucapan sulungnya di hadapan ribuan penyokong selepas diisytiharkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Dun Galas, beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir memberi sokongan.

"Saya minta, selepas ini kita sama-sama bekerja kuat untuk memastikan kemenangan PAS di Galas ini," katanya.

Dalam sidang media, Dr Zulkefli berkata, tumpuan utamanya adalah menemui rakyat Galas menjelaskan agenda beliau.

Beliau memberitahu, akan berusaha meneruskan usaha yang telah dilaksanakan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

"Saya akan teruskan usaha Allahyarham.

"Saya harap pengundi Galas bijak menilai dan akan memberi undi kepada saya mewakili Pakatan Rakyat," katanya.

Berhubung tuduhan pihak tertentu bahawa beliau pernah ditangkap khalwat, Dr Zulkefli menganggap isu tersebut telah selesai.

PRK Dun Galas menyaksikan pertandingan dua penjuru antara beliau dan calon BN, Abdul Aziz Yusof

Monday, October 25, 2010

BEKAS AHLI USNO TINGGAL BN, ISYTIHAR SOKONG PAKATAN

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Bekas Ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) kini mengisytiharkan menyokong Pakatan Rakyat dan bersedia berkerjasama memenangkan calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden Penaja pertubuhan itu, Datu Badaruddin Tun Datu Hj Mustapha memberitahu, mereka beralih angin menyokong Pakatan Rakyat akibat kecewa dengan sikap kerajaan khususnya bahagian Pendaftar Pertubuhan (ROS) Malaysia yang menolak permohonan mereka untuk menubuhkan Kelab Usno Sabah.

"Jesteru kami telah membuat ketetapan pada mesyuarat AJK Penaja Ex-Usno kali ke 12 hari ini, 24 Oktober, selaras dengan kehendak bekas ahli Usno untuk mentransformasi Usno ke arah pembangkang, maka hari ini kami ingin ucapkan sayonara kepada Barisan Nasional," katanya.

Menurutnya, pelbagai usaha melalui rundingan telah dibuat sejak 2007 bagi merealisasikan hasrat 3000 ahli mereka untuk menubuhkan Usno dalam bentuk NGO, namun pendaftaran mereka ditolak oleh ROS.

"Kami telah berusaha menubuhkan Kelab Usno Sabah...kami telah temui Perdana Menteri, kami telah menemui Ketua Menteri Sabah bagi menerangkan hasrat kami yang tidak mengganggu kepentingan politik Umno di Sabah, bahkan memberikan sokongan terbuka kepada Barisan Nasional bagi mengelak syak wasangka, " ujarnya kecewa apabila segala usaha tersebut gagal.

Sehubungan itu katanya, mereka bersedia mengadakan kerjasama dengan Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan akan memberi kerjasama kepada wakil pakatan di Sabah untuk PRK Batu Sapi.

Beliau juga menggesa pihak-pihak tertentu yang berhasrat menubuhkan semula Usno sebagai parti politik agar membatalkan niat tersebut kerana yakin ianya akan gagal dan sia-sia.

Malah mereka menyeru pihak tersebut, rakyat Sabah termasuk bekas ahli Usno agar menyertai mereka berganding bahu dengan Pakatan Rakyat.

"Bagi maksud Pilihan Raya Kecil Batu Sapi 4 November, Ex-Usno Sabah menyeru supaya semua ahlinya, semua bekas Usno yang berada dalam Umno di kawasan berkenaan, mengubah haluan memberikan undi dan sokongan kepada calon pembangkang," katanya.

Usno ditubuhkan pada 23 Disember 196, diasaskan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun, Ketua Menteri ketiga Sabah dan berjaya memerintah negeri selepas memenangi pilihanraya negeri 1967.

Bagaimanapun, penguasaan Usno di Sabah hanya berjaya sehingga tahun 1976 apabila tewas kepada Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya).

Selepas kekalahan itu, Usno seringkali meneruskan hasrat untuk menyertai pilihanraya negeri sehingga tahun 1990, namun hanya memenangi beberapa buah kerusi, dan tidak cukup untuk membentuk kerajaan semula.

Usno kemudian dibubar setelah bergabung dengan Umno pada tahun 1991.

Sunday, October 24, 2010

REALISASI AGENDA PAS GANTI UMNO


Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Agenda PAS menggantikan Umno hendaklah direalisasikan oleh pendukung parti dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.

Demikian antara resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 yang diadakan di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit, yang berakhir petang ini.
Di samping itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS hendaklah diperkasakan sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan PAS bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

“Marilah kita sama-sama meletakkan komitmen untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang mewakili hampir keseluruhan cadangan dan lontaran idea yang telah diberi oleh perwakilan dan ulasan pimpinan bertunjangkan kepada ucaptama Tuan Guru Presiden,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Resolusi ijtimak, Mohd Draman ketika membacakan resolusi itu.
Berikut ialah resolusi penuh.

Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu.

Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah 1431H yang bertemakan “Demi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad” dengan sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk:
Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran.

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti’jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya.
Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala’, thiqah dan intima’ terhadap pimpinan dan jemaah.

Merealisasikan agenda PAS mengganti Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.


Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu ruang dakwah.

Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul.
Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun kerajaan menunggu.

Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan kita bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

Followers