Saturday, February 26, 2011

MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN KALI KE-21



* Mesyuarat telah berlangsung pada 25 Februari 2011 ( Jumaat ) bermula jam 9.30
* Perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Sobri b. Mohd Yusuf ....( ketua Lajnah Tarbiyah PAS kawasan )
* Ustaz Sobri dalam ucapannya menyentuh kebijaksanaan berpolitik dengan berpandukan Siyasah Syar'iyah.
* "Politik itu di Islamkan BUKAN Islam itu dipolitikan"
* Turut hadir YB Hj Mohd Anuar b. Sudin dan S/u Pas Kawasan.
* Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Ustaz Hj Husin. Mesyuarat berjalan lancar.
* Mesyuarat sebulat suara bersetuju mengekalkan AJK sesi 2009-2011 ( yang hadir dalam mesyuarat ) untuk terus menjadi AJK sesi 2011 - 2013.
* Mesyuarat berakhir pada pukul 11.45 malam.


Bendahari membentang laporan kewangan

Saturday, February 19, 2011

NOTIS MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN



MESYUARAT AGUNG AKAN DI ADAKAN PADA MAKLUMAT BERIKUT :-

TARIKH : 25 FEBRUARI 2011 bersamaan
22 RABIUL AWAL 1432H


HARI : JUMAAT

MASA : 9.15 MALAM

TEMPAT : MARKAZ PAS KAWASAN TELUK INTAN

Perasmian oleh :

Ustaz Sobri bin Mohd Yusuf
( Ketua Urusan Ulama' Kawasan Teluk Intan )

SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR

Saturday, February 12, 2011

MESIR : SUARA RAKYAT KUASA PENENTU


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) mengucapkan tahniah di atas kemenangan kuasa rakyat Mesir memaksa perletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir setelah diasak selama 18 hari.

“Kemenangan ini bukan hanya kemenangan rakyat Mesir tetapi kemenangan umat Islam serantau,” kata pengerusinya, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob kepada Harakahdaily.

Hosni Mubarak, katanya bukan sahaja bertindak zalim dan diktator kepada rakyatnya tetapi kepada ummat Islam sedunia apabila bersekongkol dengan kerajaan zionis Isreal dalam membunuh ummat Palestin yang tidak berdosa.

Katanya lagi, kesungguhan Mubarak untuk tidak membenarkan bekalan ubat-ubatan dan makanan melalui sempadan negaranya di Rafah bagi membantu ummat Palestin di Gaza yang di tadbir oleh Hamas jelas membelakangkan isi hati dan naluri ummat Islam dunia amnya.

Menurutnya, melalui persefahamannya yang intim dengan Israel dan Amerika Syarikat, Mubarak telah sanggup untuk menggadaikan prinsip dan aqidah perjuangan Islamnya demi untuk menjaga hubungannya dengan kedua-dua negara itu.

“Di dalam negaranya sendiri, selama hampir 30 tahun pemerintahan kuku besinya, beratus-ratus ulama dan ribuan rakyatnya telah dipenjara dan ada yang hilang tanpa dikesan kerana dituduh menentang kerajaan,” ujarnya.

Tambahnya, demokrasi disekat, kebebasan bersuara dibatas, media dikongkong dan ekonomi hanya dikawal serta dibahagikan di kalangan kroni, justeru kesabaran rakyat Mesir akhirnya telah memberikan satu natijah yang luar biasa.

Katanya, LA DPPP juga berharap pihak berkuasa tentera tidak menyalahgunakan kuasa mereka dalam mana peralihan itu.

Beliau berkata, satu jawatankuasa sementara perlulah dibentuk di kalangan parti-parti politik di Mesir untuk segera mengadakan pilihanraya pemilihan presiden dan bukannya diuruskan oleh pihak tentera.

OIC umpamanya, kata beliau perlulah menghantar wakil bagi mamantau perjalanan peralihan itu daripada campur tangan asing terutamanya Israel dan Amerika Syarikat yang sangat khuatir dengan perkembangan terkini di Mesir.

“LA DPPP sendiri akan segera menghantar wakil ke Mesir bagi meninjau perkembangan terkini.

“Tahniah buat rakyat Mesir! Syabas ummat Islam serantau!” ujarnya.

Wednesday, February 2, 2011

KECUAIAN CETAK BUKU TEKS : PAS MAHU TPM BERTANGGUNGJAWAB


Khairil Abd Rahim HARAKAHDAILY
TEMERLOH, 1 Feb: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak satu siasatan dibuat terhadap kecuaian Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran serta agensi di bawahnya ekoran kesilapan mencetak 400,000 naskah buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1 sehingga terpaksa ditarik balik.

Katanya, parti itu mahu Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Menteri Pelajaran bertanggungjawab dengan kecuaian serius tersebut sehingga melibatkan kehangusan wang rakyat berjumlah RM4 juta serta boleh mengganggu konsentrasi pelajar.

“Isunya Kementerian Pelajaran cuai, kenapa perkara yang sebesar ini tidak diteliti, jadi kita mahu satu siasatan terperinci dan TPM mesti bertanggungjawab," tegasnya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian selepas majlis mengedarkan sumbangan ‘angpau’ dan buah limau mandarin kepada mesyarakat Cina sempena sambutan tahun baru Cina di Mentakab, dekat sini.

Media pada 28 Januari 2011 melaporkan, Kementerian Pelajaran menarik balik 400,000 buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1 sekolah kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan.

Keseluruhan kos dianggarkan bernilai RM4 juta.

Dalam pada itu, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Pahang, Roslan Zainal berkata, kerugian akibat kecuaian seperti ini bukan kali pertama berlaku di bawah kementerian yang sama.

Katanya dalam satu kenyataan media, rakyat Malaysia masih belum dapat memaafkan kerugian yang dianggarkan RM5 bilion akibat kegagalan Dasar Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

“Jika jumlah kerugian akibat kegagalan beberapa projek infrastruktur pendidikan di seluruh negara sejak era Tun Dr Mahathir diambil kira, maka kementerian ini boleh dianggap di antara kementerian yang menyumbang kepada kerugian wang rakyat dalam jumlah yang sukar dimaafkan.

“Jika pembaziran dan kecuaian-kecuaian tersebut dapat dielakkan, wang dalam jumlah demikian sudah pasti dapat disalurkan untuk manfaat yang lebih besar dan sepatutnya. Antaranya ialah menaikkan geran per kapita kepada semua sekolah di seluruh negara bagi menampung kos pengurusan operasi yang meningkat saban tahun. Jika ini dilakukan sudah tentu dapat mengurangkan bebanan dan tekanan ibu bapa yang pada masa sama berdepan dengan kenaikan kos hidup yang drastik dan menggigit,” katanya.

Justeru, PR Pahang menggesa Perdana Menteri mengambil tindakan tegas ke atas Tan Sri Muhyiddin dan pihak berkaitan ekoran kecuaian ini kerana RM4 juta adalah jumlah yang amat besar.

“Jangan hanya berani bertindak ke atas rakyat jembel tetapi berlepas tangan apabila kesalahan dilakukan oleh pihak atasan. Jadikan kes ini salah satu penanda aras (benchmarking) program transformasi Malaysia yang dilaung-laungkan. Buktikan dengan tindakan, berhentilah daripada sekadar menambah sesak ruang maklumat negara dengan pelbagai slogan retorik populis semata-mata.”

Followers