- Jan 13, 2014
-
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR:
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kemaman,Terengganu
semalam ketika pemberian mangsa banjir adalah sangat mengejutkan kepada
pelbagai.
“Ataukah juga ia tidak lagi mengejutkan kepada pihak
yang lainnya,” tanya Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr
Dzulkefly Ahmad.
Katanya, cubaan Najib untuk meyakinkan rakyat
bahawa kenaikan harga barang atau ‘barang naik’ bukan disebabkan oleh
kerajaan adalah melucukan.
Beliau berkata, sama ada Najib
sengaja memberi jawapan politik dan cubaannya berdalih atau benar-benar
beliau tidak tahu apa punca kenaikan kos mutakhir ini.
“Rakyat
lebih suka membaca Najib sengaja berpolitik dan berdalih kerana
almaklumlah apa lagi yang dia takut kerana kedudukan dia dan Umno BN di
Putrajaya sudah ‘selamat’ walaupun dia wajar diingatkan bahawa Umno BN
hanya mendapat 47% dari undi popular.
“Untuk mudahkan Najib faham
saya sebutkan begini. Kalau Maybank Investment Bank (IB) pada Oktober
lalu mengumumkan inflasi paling tinggi dalam tempoh 20 bulan kerana
kenaikan 20 sen RON95 dan diesel pada September 2013 lalu, maka apakah
laporan yang bakal dibuat oleh kesemua pihak analysts dan Investment
Banks di negara?
“Ramalan IB-IB ini adalah inflasi tahun ini adalah 3% dan 2015 lebh parah lagi 3.5% hingga 4%,” jelasnya.
Justeru,
beliau menggesa agar Najib cuba memikirkan lebih serius sedikit iaitu
impak kali ini adalah akibat dinaikkan serentak dan kesan 'rantaiannya'
kepada barangan dan servis adalah sangat berat kepada rakyat.
Baginya, adalah lucu dan aib bagi seorang PM untuk menafikan hakikat itu.
“Najib
tarik 34 sen subsidi gula menjadi harga gula hari ini melonjak dari
RM2.50 sekilogram ke RM2.84 sekilogram sebaik sahaja selepas
pembentangan,” katanya lagi.
Di samping itu, ujarnya bermula Januari lalu tarif elektrik pula dinaikkan 15% di Semenanjung dan 17% di Sabah dan Labuan.
Kemudian,
katanya pengumuman tentang kadar tol untuk 13 lebuh raya dibuat dan kos
pengangkutan awam (LRT, Monorail, KTM, ERL dan ETS) serta bas sekolah
mahu dinaikkan 40%.
“Najib menyebutkan tak semua kenaikan
disebabkan oleh kerajaan BN. Dakwanya ada disebabkan cuaca buruk
tangkapan ikan kurang dan hasil tanaman tak menjadi.
“Apakah Najib dapat meyakinkan dirinya sendiri tentang dakwaannya itu?” tanya Dr Dzulkefly lagi.
Sehubungan
itu, sebelum rakyat hilang kesabarannya Najib patut tahu kesusahan yang
ditanggung rakyat yang berpendapatan rendah semakin parah dan gesaan
supaya merubah cara hidup seperti naik motor ke pejabat dan suami-isteri
yang buat 2 atau 3 kerja membawa implikasi sosial yang berat seperti
hal ehwal anak-anak terbiar menambah pelbagai gejala sosial dan juga
kemalangan meningkat.
Bagi beliau, adalah tidak patut sama sekali Najib merendah atau perbodoh rakyat sebegini.
Katanya,
rakyat juga tahu Najib tak mahu ambil tindakan merungkai atau
memberhentikan monopoli yang merupakan antara sebab mengapa gula, beras,
simen dan besi-keluli dan sebagainya.
Menurutnya, Najib takut
bertindak memberhentikan konsesi-konsesi utiliti sperti air, IPP,
lebuhraya, pelabuhan dan menamatkan keuntungan kroni yang lumayan tetapi
sangat mudah untuk mengenakn apa-apa pun kepada rakyat.
Katanya, ini semua sebab mengapa kos ditentukan mereka.
“Daripada
menangani ketirisan dan kebocoran, hentikan runding langsung dan
mewujudkan tadbir-urus yang baik, Najib lebih suka mengenakan GST bagi
menambah pendapatan Negara. Inflasi tentunya akan menjadi lebih parah
lagi.
“Apa lagi yang Najib nak nafi?” ujarnya lagi.