| Harakahdaily |
|
Pendirian Muslimat PAS ini dibantah oleh Wanita MCA dengan andaian ia menggambarkan kerajaan di bawah PAS mahu menyekat kebebasan penerbit filem. |
Tuesday, December 27, 2011
KERAJAAN TIDAK BOLEH LARI DARI URUSAN TAPIS FILEM
Saturday, December 24, 2011
SOLAT JUMAAT : UMNO TERENGGANU DENDANG ISU LAPUK
| Khairul Azlam Mohamad |
|
Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Datuk Husain Awang (gambar) berkata, Umno sengaja membangkitkan isu lama yang sudah tidak menjadi masalah tetapi sengaja meresahkan masyarakat umum. Katanya, masyarakat Islam di negeri ini telah dapat menerima keadaan dua solat Jumaat dalam satu kariah. “Umno sengaja membangkitkan isu ini untuk menghadapi pilihan raya sedangkan isu ini telah lama selesai dan tidak menjadi masalah dalam masyarakat setempat,” jelasnya. Malah, katanya hampir kesemua masjid yang digunakan bagi solat Jumaat itu bukan terletak berdekatan dengan masjid kerajaan. Menurutnya, masjid di Kampung Padang Landak yang dijadikan isu oleh Umno terletak lebih satu kilometer dengan masjid kerajaan di Kampung Lak Lok. Manakala, Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa pemimpin Umno Terengganu memalu gendang berirama songsang bagi mengheret rakyat. Katanya, isu lapuk berkait dengan solat Jumaat berasingan dalam satu kariah tidak timbul lagi kerana telah selesai ketika pemerintahan PAS sebelum ini. “Kita hairan di saat masyarakat umat Islam berada dalam keadaan tenang dan harmoni untuk menghadapi pilihan raya, tiba-tiba Umno Terengganu kembali memalu gendang berirama songsang. “Mereka cuba mengheret rakyat berbicara sesuatu yang terpisah dari realiti sebenar kerana isu solat Jumaat itu tidak timbul lagi di negeri ini,” ujarnya. Menurutnya, Umno sengaja menimbulkan isu sembahyang berasingan dalam satu kariah dan solat dua imam sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian pada 19 November lalu. Katanya, laporan tersebut jelas berniat jahat apabila memaparkan masjid di Kampung Padang Landak sebagai lokasi penyokong PAS melakukan solat Jumaat berasingan. Sedangkan, kata beliau itulah satu-satunya masjid di Kampung Padang Landak yang mengadakan solat Jumaat dalam kariah tersebut. “Umno tidak wajar memberi gambaran yang salah apa lagi berbohong dalam melaporkan sesuatu hingga meresahkan masyarakat umum. “Kita bimbang kebiasaan ini akan menjadi ‘style’ bicara mereka secara bersahaja sehingga tidak dapat membezakan maklumat yang benar kepada Tuanku Sultan Terengganu,” ujarnya. |
Tuesday, December 13, 2011
TRAGEDI NFC : MUHYIDDIN TAK LAYAK JADI PM
| Harakahdaily |
|
“Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat, akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini. Oleh itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata adalah tidak adil untuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat, dengan menyuruhnya ‘untuk berundur sebelum beliau diundurkan’ tapi tidak pada Muhyiddin. “Dr Mahathir tidak sepatutnya pilih kasih dalam menegur Shahrizat dan tidak kepada Muhyiddin yang meluluskan projek ini. Sekiranya sikap Muhyiddin ini dibiarkan berterusan semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan seterusnya perdana menteri, berapakah lagi wang rakyat yang bakal terkorban?” soal Tuan Ibrahim. Tuan Ibrahim turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang tidak lagi insaf dengan kesilapannya apabila menyatakan bahawa ‘NFC hanyalah isu politik yang dicetuskan Pakatan Rakyat’ dan terus mempertahankan projek tersebut walaupun kewujudan penyalahgunaan dana awam yang susah dipertikaikan. “Bayangkan sekarang, Muhyiddin ialah bakal perdana menteri sekiranya apa-apa terjadi pada Datuk Seri Najib Razak, berapakah banyak projek di bawah kelolaan kementerian dan kuasa beliau yang akan berakhir seperti tragedi NFC. Bolehkah rakyat Malaysia menerima seorang bakal PM yang sedemikian?” soal beliau. Selaku mentor Umno, Tuan Ibrahim berkata Dr Mahathir sepatutnya membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani menegur timbalannya, untuk menegur Muhyiddin atas dasar membantu Najib membetulkan pentadbirannya. Apa yang pelik, kata beliau ialah bila mana hanya Shahrizat sahaja yang diminta berundur, sedangkan Muhyiddin tidak diarahkan berbuat demikian. “Begitu juga dengan beberapa orang yang lantang mempertahankan penyelewengan ini, juga sepatutnya merasa malu kerana ia nyata bertentangan dengan norma biasa. “Sekiranya Shahrizat disuruh berundur, Muhyiddin pun harus menerima nasib yang sama. Jika Shahrizat saja berundur, tapi tidak Muhyiddin dan lain-lain, percayalah rakyat akan terus mencengkam isu NFC sehingga semua yang terlibat berundur,” tambah beliau. |
Thursday, December 1, 2011
'Itulah tahap pemikiran sebenar Muhyiddin'
| Nazri Abdullah HARAKAHDAILY |
|
|
Saturday, November 26, 2011
PAS - Umno satu pasukan, bukti BN khianati Kelantan
| Aziz Muda HARAKAHDAILY |
|
|
Thursday, November 17, 2011
TABUNG SERAMBI MEKAH TERIMA DERMA RM 5 JUTA
| Rizal Tahir HARAKAHDAILY |
|
Dengan sumbangan tersebut, tabung berkenaan berjaya mengutip sebanyak RM6 juta bermula Januari tahun ini. Bagaimanapun seorang penderma luar Kelantan itu tidak ingin dikenali identitinya disebut ‘hamba Allah’ pada majlis kutipan derma akaun Amanah Kebajikan (Tabung Serambi Mekah) ke-21 di sini tengah hari tadi. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz ketika ditemui tidak menafikan ianya sejarah tersendiri bagi Tabung Serambi Mekah dengan sumbangan derma peribadi yang tertinggi sejak ianya ditubuhkan 21 tahun lalu. “Perkembangan ini berlaku kerana kesedaran ajaran Islam yang murni menerapkan rasa tanggungjawab dan keinsafan terhadap penderma. “Hasil didikan golongan alim ulama dan sebagainya berhubung tanggungjawab sebagai umat Islam, mereka akan menunaikan tanggungjawab itu,” ujarnya. Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada dermawan tersebut serta penderma lain termasuk agensi-agensi kerajaan, swasta dan sebagainya kerana sudi menderma. Katanya, dengan sumbangan tersebut ianya dapat membantu mangsa-mangsa ribut, kebakaran, banjir dan bencana alam lain. Beliau berharap ianya menjadi suntikan motivasi kepada masyarakat untuk turut menunaikan tanggungjawab itu. Antara agensi kerajaan negeri yang menderma, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sejumlah RM405,000, PMBK (RM100,000) dan lain-lain. Turut menyumbang syarikat-syarikat swasta, pejabat tanah jajahan dan majlis daerah seluruh Kelantan di samping sumbangan individu. Turut berucap pada majlis itu anggota Exco kerajaan negeri yang mewakili Timbalan Menteri Besar, Dr Muhammad Fadzli Hassan. |
Monday, November 14, 2011
ADUN UMNO DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI KEPADA PKINK
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 14 Nov: Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan Adun Umno Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar membayar gantirugi kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). |