| Muhammad Yusri Amin HARAKAHDAILY |
|
Istiadat sempena Pemasyhuran Perayaan Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-42, 2011 itu turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Turut hadir pada upacara itu Kerabat Diraja dan pembesar negeri. Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara serta pimpinan politik, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. Perayaan keputeraan bertema “Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung” itu bermula seawal 6.30 petang semalam dengan mengadakan majlis solat Hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi di sini dan di semua masjid utama jajahan. Istiadat ‘meletak kerja’ pula diadakan di Istana Balai Besar di sini seawal 7.45 pagi tadi sebelum diadakan jamuan rakyat di Masjid Muhammadi di sini selepas solat Jumaat nanti. Sementara Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri serta Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia akan diadakan esok mulai 9.00 pagi di Istana Balai Besar di sini. Menurut kenyataan rasmi, perayaan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan itu bermula 10 hingga 12 November 2011. Majlis Santapan Malam Persembahan Kerajaan Negeri diadakan pada malam ini di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim di sini. |
Friday, November 11, 2011
ISLAM DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT DIPAYUNG
Tuesday, November 8, 2011
111 AHLI UMNO SERTAI PAS SEMPENA IDUL ADHA
| Mohd Sabri Said HARAKAHDAILY |
|
Kemasukan mereka ke dalam PAS juga sekaligus memberikan tamparan hangat kepada Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang sering mencetuskan kontroversi berhubung kemasukan ahli PAS ke dalam Umno di pejabatnya beberapa bulan lalu. Sedangkan yang menyertai Umno bukannya ahli PAS tetapi mereka ditipu apabila diajak ke satu majlis dan bergambar dengan pemimpin Umno kononnya kecewa dengan PAS kerana tidak membantu ahli. Borang kemasukan mereka ke dalam PAS yang diketuai oleh bekas Pengerusi Tetap Umno Kota Aur, Mohd Radzi Wahab diserahkan kepada Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein. Mohd Radzi ketika berucap pada majlis itu kelmarin memberitahu kemarahannya memuncak apabila kepimpinan Umno sanggup memperlekehkan hukum hudud. Bukan itu sahaja, katanya malahan pemimpin Umno melakukan penipuan, penyelewengan dan memfitnah saudara seIslam demi memuaskan nafsu politik sempit. "Sejak 24 tahun saya ditipu dan diperdayakan, maka hari ini setelah timbulnya kesedaran hasil nasihat rakan taulan saya menyertai perjuangan yang sebenar. Janji saya biar saya mengakhiri hayat dalam PAS dan bertekad akan membantu meningkatkan syariat Islam bersama PAS," tambahnya. Rosidi merangkap Penyelaras Dun Penaga ketika ditemui selepas majlis tersebut memberitahu Umno khususnya di Kepala Batas yang ditunjangi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam keadaan goyah setelah Abdullah kemungkinan besar tidak bertanding lagi untuk kerusi itu dalam PRU 13 nanti. |
Wednesday, October 26, 2011
LAPORAN AUDIT : HANYA PETI UNDI BOLEH SEDARKAN BN
| Harakahdaily |
|
Dalam satu kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim menyimpulkan bahawa kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada ‘peti undi’ apabila Laporan Audit 2010 mendedahkan lagi penyelewengan yang sama seperti tahun-tahun terdahulunya dalam pengurusan projek dan pembelian perkakas agensi kerajaan. Mengikut laporan terbaru, antara teguran yang dibuat KAN, ia kelakuan agensi kerajaan yang sangat jelas melanggari undang-undang. Sebagai contoh, kata Tuan Ibrahim, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF). “Demikian juga teguran terhadap banyaknya projek kerajaan diberi melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek kepada kroni dan mereka yang tidak layak menerimanya. Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding,” kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tuan Ibrahim juga membangkitkan keborosan dalam Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Yang paling menjengkelkan, kata beliau ialah pembelian satu binokular oleh JLTM pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940. “Mara (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan “katil boleh lipat” pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga Mara,” tegur beliau lagi. Selain itu, kata Tuan Ibrahim syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta). Pada skop yang lebih besar, kata beliau ialah kenaikan hutang negara sebanyak 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion pada 2009. “Ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%,” kata beliau. Penyelewengan di atas, kata Tuan Ibrahim menunjukkan teguran bahasa audit tidak difahami BN. “Justeru mereka terus menghampakan rakyat tanpa sebarang perubahan dilakukan. Maka, jelas yang boleh mengajar mereka ialah peti undi, dan rakyat tidak seharusnya mensia-siakan peluang di petak undi bagi mengajar dan menghukum kerajaan pekak ini,” tambah beliau. Beliau juga memberikan amaran kepada rakyat bahawa kekecewaan itu akan pasti berulang selagi kerajaan yang ada tidak diganti dengan kerajaan baru yang lebih beramanah dan bertanggungjawab. |
Sunday, October 16, 2011
TEGAK ISLAM BUKAN KERJA MAIN-MAIN
| Khairul Azlam Mohamad HARAKAHDAILY |
|
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan orang Melayu yang beragama Islam mesti berpegang kepada ajaran Islam. Justeru, katanya kerja-kerja menegakkan Islam serta ajarannya bukan suatu kerja ‘main-main’. "Kerja (tegak Islam) ini bukan kerja main-main, kerja ini kerja tuntutan daripada Allah SWT. Allah memerintahkan manusia jalankan keadilan," jelasnya. Menurutnya, al-Quran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad sejak 1,400 tahun lalu merupakan pegangan bukan hanya kepada orang Melayu sahaja tetapi seluruh manusia. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan yang memerintah mampu melaksanakan Islam. Oleh itu, katanya Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi Perdana Menteri ketika memerintah Madinah sekaligus menolak dakwaan Umno yang memisahkan politik daripada agama. "Nabi Muhammad s.a.w. meninggal ribu-ribu tahun dulu, yang tinggal al-Quran. Al-Quran menjadi pegangan hidup manusia, bukan sahaja hidup Melayu. “Melayu ke dia, Cina ke dia, Inggeris ke dia, asalkan dia manusia bukan kayu, batu, bukan haiwan wajib ke atas dia dari segi agama kena ikut Quran. "Nabi Muhammad s.a.w. menjadi Perdana Menteri waktu sampai ke Madinah. Umno kata agama lain politik lain, cuba tanya Umno, siapa yang memegang kerajaan di Madinah jika tidak Nabi Muhamad s.a.w.," ujarnya kepada media selepas merasmikan Himpunan PAS Ganti Umno, PR Ganti BN di Pantai Pandak Chendering, dekat sini, semalam. Justeru, kata beliau kerajaan yang mengambil bukan Islam dan kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, bukan daripada ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Hadir sama pada sidang media itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut. |
Sunday, September 25, 2011
JAMUAN HARI RAYA PAS CAWANGAN
* Jamuan Hari Raya Pas Cawangan Kpg Pdg Tembak telah berlangsung pada 25 september 2011 bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pukul 12.30 tengahari.
* kehadiran penduduk tempatan dan luar memeriahkan suasana.
* Turut hadir ADUN Changkat Jong YB Tuan Hj Mohd Anuar bin Sudin, dan sudi memberi "duit raya " kepada kanak-kanak.
* Kehadiran DHPP juga amat menggalakkan.
* Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi kerjasama dalam menjayakan jamuan hari raya tersebut..
Sunday, September 18, 2011
HALANG BERCAKAP AGAMA TAK MASUK AKAL

Muhammad Faizal HARAKAHDAILY
KLANG, 18 Sept: "Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (Adun), Dr Abd Rani Othman.
Beliau yang telah ditarik balik tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini menyuarakan ketidakpuashatiannya terhadap Jais kerana ingin menyekat aktiviti dakwa di kalangan pemimpin dari PAS.
"Pentauliahan ini diwujudkan adalah kerana ini mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang kita tidak kenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
"Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.
"Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki," jelasnya.
Dr Rani memberitahu sebelum ini pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja termasuk menyampaikan dakwah di surau-surau mahupun masjid.
"Kalau dulu pemimpin-pemimpin Umno bebas melakukan apa saja yang mereka mahu termasuk menyampaikan tazkirah di dalam surau mahupun masjid malah bermacam-macam perkara mereka lakukan.
"Sepanjang itu jugalah kita melihat tidak pernah ada pentaulihan diberikan malah JAIS hanya berdiam diri dan yang paling mendukacitakan Jais juga turun sama dalam program yang dianjurkan oleh Umno itu.
"Dulu tak pernah wujud seperti ini tetapi sekarang macam-macam halangan ada. Kita tidak bebas lagi hendak menyampaikan dakwah malah setiap pergerakan kita dipantau," sambungnya lagi.
Tambah beliau lagi, walaupun tauliahnya telah ditarik balik aktiviti dakwahnya tetap diteruskan.
"Saya akan tetap berdakwah walaupun tidak diberi tauliah oleh Jais, jika sebelum saya menjadi Adun saya bebas melakukan dakwah atas sebab apa saya hendak hentikannya.
"Jika ada pihak mengatakan isi penyampaian dakwah saya ada yang salah sila buktikan kesalahan itu dan setiap tuduhan perlu ada bukti yang kukuh bukannya sekadar cakap kosong," katanya lagi.
Beliau yang telah menyampaikan Khutbah Jumaat di Surau Nurus Saadah Taman Meru 4 kelmarin, memberitahu apa yang beliau sampaikan dalam khutbah adalah mengikut teks yang telah diberikan oleh Jais tanpa ada sebarang penambahan mahupun kekurang.
"Jika membaca teks yang diberi oleh Jais sewaktu khutbah juga dianggap salah, ini adalah satu tindakan yang keterlaluan serta tidak bertanggungjawab jika ini berlaku jelas wujud tangan ghaib yang ingin menghalang kita dari Pakatan Rakyat terutamanya PAS mendekati rakyat melalui dakwah di setiap surau dan masjid," tegas beliau lagi.
Wednesday, September 14, 2011
MUNAJAT PERDANA SEMPENA 60 TAHUN PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Sambutan 60 tahun PAS yang bakal diadakan pada 30 September sehingga 1 Oktober ini di Dewan Milenium, Kepala Batas akan dimulakan dengan munajat perdana.
“Dalam situasi PAS berhadapan dengam pelbagai tekanan dan fitnah kini, sambutan 60 tahun PAS ini akan dimulakan dengan munajat perdana pada malam 30 September.
"Munajat ini dijangka akan dihadiri oleh sepuluh ribu orang terdiri dari pimpinan utama negeri-negeri, ahli dan penyokong PAS serta pimpinan Pakatan Rakyat. Munajat ini turut akan membariskan kepimpinan utama parti dari Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, dan seluruh kepimpinan utama PAS Pusat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim juga memaklumkan bahawa sambutan 60 tahun PAS akan mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti terhadap usaha gigih pejuang-pejuang lampau dalam mengharungi pelbagai suka duka, tekanan, penindasan dan pelbagai mehnah selama 60 tahun PAS di persada tanahair.
Menurut beliau, sejarah jatuh bangun PAS selalu berhadapan dengan golongan yang menolak gagasan Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap kerana fahaman sekularisme yang menebal.
“Semua tekanan dan penindasan in berterusan sehingga kini. Ketabahan pimpinan lampau dengan penuh kesabaran mendidik masyarakat memahami tuntutan menegakkan Islam dan penghayatan bagi menegakkan sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya seluruh sistem Islam adalah mujahadah yang besar, yang perlu dihayati, difahami dan dihargai oleh generasi baru,” kata beliau.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut memaklumkan sambutan 60 tahun PAS akan dimeriahkan lagi oleh pameran dari negeri-negeri, tayangan video kejayaan negeri Pakatan Rakyat serta gerai-gerai pameran dan perdagangan.
Pelbagai aktiviti dari dewan-dewan, katanya akan turut diadakan melibatkan persembahan, sukaneka dan pelbagai anugerah kejayaan PAS di seluruh negara.
“Kemuncak program ialah ceramah perdana melibatkan pimpinan tertinggi parti dan pelancaran jentera pilihanraya seluruh negara. Diharapkan pelancaran ini akan menyemarakkan semangat bekerja seluruh petugas parti bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13,” tambah beliau lagi.